Kaedah pertanian bandar atau Kebun Komuniti (KEBUNITI) merupakan inisiatif wajar diaplikasikan oleh orang ramai dalam usaha mengatasi masalah kenaikan harga sayur yang sedang berlaku di seluruh negara.<br /><br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim, dengan teknologi masa kini penanaman sayur-sayuran hijau atau tanaman kontan boleh dilakukan pada skala kecil tanpa memerlukan kawasan yang luas.